Perbincangan meja bulat bersama pihak industri telah dilaksanakan pada Selasa 27 Mei 2014 di Puri Pujangga, UKM.
Seramai 8 wakil industri yang terdiri dari wakil industri (1) , Alumni PPKP yang bekerja di industri (4), alumni STATISTIK (1) dan pelajar Sarjana Eksekutif PPKP (2) .telah hadir untuk membincangkan perkara berikut:
1. Menyemak kurikulum program Sarjana PPKP sedia ada.
2. Memberikan cadangan penambahbaikan kepada kursus Sarjana sedia ada
Wakil pelajar Sarjana PPKP (full time) seramai tiga orang pelajar juga hadir bersama berbincang dan bertindak sebagai pencatat.
Sesi perbincangan telah berlangsung dalam suasana yang santai dan menyeronokkan. Mereka yang hadir telah dibahagikan kepada 2 kumpulan dan setiap kumpulan menyampaikan resolusi masing-masing. Terdapat banyak input berguna yang boleh di ambil hasil dari perbincangan ini yang akan digunakan untuk melaksanakan "Continuous Improvement" kepada program Sarjana Peningkatan Kualiti dan Produktiviti.
Terima kasih kepada yang hadir kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi ide untuk kebaikan PPKP dan UKM umumnya.
Terima kasih daun keladi, lain kali PPKP jemput lagi. :-)
![]() |
Mr Alex mengetuai perbicangan kumpulan 1 |
![]() |
Perbincangan sedang berlangsung |
![]() |
Mr. Amir mengetuai perbincangan kumpulan 2 |