Selamat membaca post pertama dari website PPKP @ UKM
Apa itu PPKP?
PPKP merupakan kependekan dari Program Peningkatan Kualiti dan Productiviti atau lebih dikenali sebagai PPKP. PPKp adalah salah satu program akademik yang berpangkalan di Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains dan Tekbologi, UKM.
Program PKP ini popular dikalangan pelajar dan prosesional yang ingin melanjutkan pengajian mereka dalam bidang peningkatan kualiti dan produktiviti di peringkat Sarjana. PPKP ini merupakan institusi yang pertama di Malaysia dan masih lagi (sehingga kini) satu-satunya IPTA yang menawarkan Program Peningkatan Kualiti dan Produktiviti di peringkat Sarjana di Malaysia.
PPKP telah pun menawarkan program pengajian ini selama 18 tahun dan telah melahirkan ratusan graduan dan professionals dalam bidang peningkatan kualiti dan produktiviti di Malaysia yang berkhidmat dalam pelbagai organisasi kerajaan mahu pun swasta. Ide penubuhan PPKP ini telah dilahirkan oleh mantan Profesor Dr. Mokhtar Abdullah pada tahun1996. Walaupun Prof Mokhtar telah meningggalkan UKM, Program ini masih diteruskan sehinggalah sekarang.
Mengapa baru sekarang PPKP ada website ?
Walaupun PPKP telah lama menawarkan kursusnya, malang sekali PPKP tidak mempunyai website atau laman sesawang sehinggalah kini. Ini menyebabkan PPKP tidak mempunyai 'online presense'. Memandangkan pentingnya 'online presense' kepada kebanyakan organizasi dan tentunya kepada PPKP maka lahirlah laman sesawang PPKP. Pihak PPKP berharap menerusi laman sesawang ini PPKP dikenali sebagai pembekal utama prosesional dalam bidang peningkatan kualiti dan produktiviti di Malaysia.
Selain daripada itu, tujuan laman sesawang ini adalah untuk PPKP mencapai lebih ramai khalayak dan dapat berkongsi perkembangan terkini dan juga aktiviti PPKP dalam bidang peningkatan kualiti dan produktivi ini.
Buat masa ini laman sesawang ini menggunakan platform Blogger dan boleh dicapai menerusi ppkp2ukm@blogspot.com atau menerusi nama Program Peningkatan Kualiti dan Produktiviti @ UKM.

PPKP juga juga buat julung kalinya mempunyai Facebook iaitu PPKP UKM. Menerusi dua platform ini diharapkan keberadaan dalam talian PPKP lebih dirasai dan menjadikan PPKP lebih dikenali oleh masyarakat di luar sana. Tujuan yang tidak kurang pentingnya adalah untuk meningkatkan komunikasi dua hala diantara PPKP dengan bekas pelajar, bakal pelajar, organisasi swasta dan kerajaan serta individu yang berminat dalam bidang peningkatan kualiti dan produktiviti.
.jpg)
Pihak PPKP amat mengalu-alukan sebarang pertanyaan dan perbicangan mengenai penyelidikan, rundingan dan kolaborasi dalam bidang peningkatan kualiti dan produktiviti. Kepada yang berminat silalah hubungi pihak kami di ppkpukm@gmail.com atau Facebook PPKP UKM.
Selamat Membaca!

No comments :
Post a Comment